Berdagang dalam Waran Panggilan
Oleh sebab waran panggilan disenaraikan dan disebut harga di Bursa Saham Kuala Lumpur, maka proses dagangan dan fee pembrokeran yang dikenakan adalah sama dengan yang digunapakai bagi sekuriti ekuiti tersenarai yang lain. Waran panggilan boleh dipindahmilik dalam gandaan integral 1,000 dengan menyerahkan borang pindahmilik untuk pendaftaran kepada pendaftar bersama-sama sijil waran dan membayar fee yang dikenakan oleh pendaftar.
Penyelesaian Urus Niaga Waran Panggilan
Sebarang penjualan atau pembelian waran panggilan yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur hendaklah diselesaikan melalui sistem penyerahan dan penyelesaian tetap (Fixed Delivery and Settlement System atau FDSS) yang dikendalikan oleh SCANS dengan cara yang sama seperti penyelesaian urus niaga syer pada masa sekarang. Sekiranya berlaku peristiwa yang menggangu penyelesaian (iaitu peristiwa di luar kawalan penerbit yang menyebabkan penerbit tidak dapat menyerahkan syer pendasar selepas penggunaan hak waran panggilan) penerbit boleh menyerahkan syer itu dengan mana-mana cara yang berpatutuan dari segi perdagangan seperti yang dianggap sesuai oleh penerbit, atau menangguhkan penyerahan syer pendasar seumpama itu.

No comments:
Post a Comment