Tuesday, August 25, 2015

1. Pelaburan Unit Trust Melalui KWSP (EPF).

Pada1hb Februari 2008, KWSP (EPF) telah melaksanakan struktur baru pengeluaran pelaburan untuk ahli-ahlinya melalui “Simpanan Asas” dari akaun 1 mengikut umur ahli. Kalau dividen dari KWSP 8% setahun apakah anda masih menunggu jika diberi peluang mendapat dividen lebih dari 20% setahun melalui Unit Trust yang disyorkan.

Sebagai contoh Anda mempunyai RM100,000.00 dan Anda layak melabur 20% dari akaun 1 KWSP anda. Perhatikan apakah yang diperolehi dari kebijaksanaan anda.

Bagaimana jika pelaburan Asas RM20,000.00 itu mendatangkan pulangan 138.79% selepas 5 tahun??

No comments:

Post a Comment

   Urusniaga Forex
Urusniaga matawang asing atau forex adalah urusniaga yang tidak asing lagi di kalangan rakyat di Malaysia, malah ianya dijadikan sumber pendapatan sampingan untuk menampung belanja bulanan.

Setiap urusniaga atau perniagaan apapun mempunyai risiko, tetapi dalam urusniaga forex, risiko dapat diminimakan dengan pengurusan Money Management yang ketat dan melakukan pengeluaran keuntungan bekala setiap bulan.

Dari segi pengetahuan atau teknik urusniaga dalam forex memang memerlukan pengetahuan yang tinggi dan perlu bijak membuat keputusan. Jika anda kurang berpengalaman dalam dagangan forex, saya sarankan anda lupakan saja niat anda dan beralih kepada pelaburan Mutual Fund yang saya kongsikan dalam blog ini. Kekadang keinginan mengatasi segalanya apabila anda mendengar ada individu yang berjaya dalam urusniaga forex. Berjaya yang saya maksudkan disini adalah menerima hasil dari pengeluaran keuntungan setiap bulan walaupun dalam jumlah yang kecil. Sebagai contoh, hasil dari keuntungan setiap bulan adalah USD850.00 daripada modal asas USD500.00. Jika keuntungan USD350.00 ini disimpan selama 12 bulan akan menjadi USD4,200.00 atau anda gunakan hasil dari keuntungan ini untuk keperluan kerana ianya hak anda.

Jika keinginan ANDA mengatasi segalanya dan berhasrat untuk memulakan dagangan matawang asing tapi tiada pengalaman, kami mempunyai solusi untuk permasalahan ini dengan menduplikasi dagangan saya. Solusi yang mudah,ringkas dan menguntungkan. Untuk memudahkan saya membantu Anda mendaftar dan setup akaun dagangan seperti Leverage, Money Management dan menduplikasi urusniaga saya, sila download Teamviewer untuk memudahkan setup akaun dagangan..

   Pelaburan Mutual Fund
Sebelum melabur lebih baik kita faham dulu apa itu Mutual Fund?. Dalam Bahasa Malaysia disebut Amanah Saham ataupun sekarang disebut Unit Amanah. Dalam bahasa inggeris disebut Unit Trust. Ada di sesetengah negara unit trust ni disebut "Mutual Fund" ataupun "Managed Fund".
Dari segi definisi, menurut Persekutuan Pengurus Unit Amanah Malaysia atau lebih dikenali FMUTM (Federation of Malaysian Unit Trust Managers) : Skim unit amanah atau "unit trust scheme – UTS" merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan pelabur-pelabur yang mempunyai ojektif pelaburan yang sama mengumpulkan wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh profesional pelaburan.

Secara mudahnya, pelabur masukkan duit dalam dana yang diuruskan oleh suatu syarikat pengurusan dana yang dipanggil "Syarikat Pengurusan Unit Amanah" atau ringkasnya UTMC (Unit Trust Management Company). UTMC ini pula akan laburkan duit kita dalam pelbagai portfolio yang diluluskan seperti sekuriti, bond ataupun aset-aset lain dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia atau pasaran ekuiti di luar negara. UTMC ini mestilah yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission – SC) dan terikat dengan beberapa akta perundangan. Selain daripada SC, beberapa pihak lain juga terlibat dalam mengawal-selia industri Mutual Fund/Unit Trust yang telah ditauliahkan untuk menjaga kepentingan pelabur-pelabur, seperti Pemegang Amanah (Trustees), Juruaudit (Auditors), FMUTM dan Kementerian Kewangan.

Dalam Mutual Fund/ Unit Trust, pelabur tak membeli sekuriti/saham secara terus dalam portfolio. Pemilikan dana (portfolio) akan dibahagikan kepada unit dan pelabur dikenali sebagai 'pemegang unit' (unit-holders). Pelabur bukannya pemegang saham dlm sesuatu syarikat yang dilaburkan, sebaliknya merupakan benefisiari di bawah amanah yang duwujudkan oleh UTMC. Mengikut perlembagaan atau "surat ikatan' (the deed) Mutual Fund/ Unit Trust, mesti terdapat pemegang amanah (trustee) untuk menjaga kepentingan pelabur. Trustee adalah pemilik sah ke atas semua aset dalam skim unit trust bagi pihak pemegang unit.

Nilai atau harga satu unit dalam Mutual Fund/ Unit Trust dikenali sebagai Nilai Aset Bersih atau Net Asset Value – NAV per share. Satu unit dalam skim unit trust merupakan bahagian berkadar daripada jumlah perlaburan yang terkumpul. Apabila nilai pelaburan dalam portfolio skim unit trust meningkat atau menurun, maka NAV juga akan turut meningkat atau menurun. Dalam beberapa skim yang ditaja oleh kerajaan (contohnya ASB) dimana portfolio tak tertakluk kepada perubahan nilai, NAV ditetapkan pada RM1.00. Tak seperti dalam saham, dimana harga boleh berubah-ubah pada setiap kali berurus-niaga, NAV bagi sesuatu unit trust fund hanya dikira pada setiap penutup hari urus-niaga. Jadi NAV sesuatu fund akan disebut-harga/disiarkan di suratkhabar utama atau halaman web UTMC berkenaan pada keesokan hari urus-niaga.


Pulangan atau "returns" pelaburan adalah gabungan pembayaran pendapatan tetap dipanggil "agihan" (cash distribution) dan tambahan nilai modal (capital gains) melalui pecahan unit (unit split) ataupun "dividen".

Skim Mutual Fund/ Unit Trust memberi peluang pelaburan untuk pelabur mengakses dengan mudah pelbagai jenis pelaburan yang pada kebiasaannya sukar diakses. Bayangkan kalau melabur secara langsung atau membeli saham dalam sesuatu syarikat ‘blue-chip’ yang besar seperti TNB, Telekom, Maxis etc…berapa puluh ribu ringgit kita perlu ada untuk membeli satu lot saham… itu belum kira kos broker saham dan lain2 lagi. Tapi dengan mutual fund/unit trust, kita berpeluang melabur dalam saham-saham ini, bukan setakat satu syarikat malah dalam pelbagai syarikat. Inilah yg dipanggil kepelbagaian atau "diversification" yang mana dapat mengurangkan risiko kalau melabur dalam satu portfolio sahaja.

Dengan risiko dan pulangan yang agak berpatutan, kebanyakan pulangan pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang (lebih dari 5 tahun) dalam skim unit trust adalah lebih tinggi daripada pulangan daripada akaun biasa dan deposit tetap (fixed deposit – FD).